Mohamad Zainal
Monday, May 21, 2012 5:24 PM
Assalamualaikum, berkenaan akta Sewerage Services Act 1993 (ACT 508) dan EQ (Sewage & Industrial Effluents), berapa kekerapan sesebuah kilang untuk laksanakan ‘monitoring’. adakah kilang tersebut perlu juga laksanakan monitoring water sampling ini walaupun kilang tersebut hanya menghasilkan waste berbentuk pejal(solid)?
Kedua, bolehkah sesebuah kilang meminta untuk memanjangkan tempoh written approval seperti sesebuah cerobong atau ducting dari 3 bulan sekali kepada masa yang lebih panjang? contohnya kepada setahun sekali. Ini kerana kadang2 keputusan monitoring masih sama dalam masa 6 ke 7 bulan. Adakah DOE benarkan jika kilang memberi bukti yang sahih?
Tue Mei 22, 2012 1:12 PM
Tuan,
Saya diarah untuk merujuk email tuan melalui web DOE pada 21 Mei 2012 .
Berikut adalah jawapan kepada pertanyaan tuan.
1. Monitoring water
– Sekiranya premis tuan tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (efluen Perindustrian) 2009, pihak tuan perlu melakukan monitoring of efluen discharge setiap minggu dan mengemukakan maklumat laporan pada DOE sebulan sekali sahaja.
– Sekiranya premis tuamn mempunyai lebi 150 PE dan mempunyai sistem rawatan kumbahan sendiri , pihak tuan juga tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009)
– Semua pelaporan perlu dikemukakan menggunakan Jadual Kesepuluh @ melalui online sistem (Monthly Discharge Monitoring Report)-boleh browse dari www.doe.gov.my
2. Pengurangan frekuensi percontohan udara bagi stack sampling
– Pihak tuan boleh memohon untuk mengurangkan frekuensi percontohan kepada JAS negeri berkaitan. Permohonan perlu dikemukakan dengan maklumat-maklumat seperti trend kualiti percontohan bagi stack tersebut sekurang-kurangnya 3 tahun, dan nyatakan punca stack daripada mana (process/air pollution control/fuel burning equipment.
Sekiranya tuan perlu penjelasan lanjut, boleh berhubung dengan saya .
Harap dapat membantu tuan.
Sekian, terima kasih
Hazrina Salleh
Penolong Pengarah
Jabatan Alam Sekitar
(Bahagian Penguatkuasa)
Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
Aras 3, Podium 3, Wisma Sumber Asli
No 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 W.P. PUTRAJAYA