CADANGAN PINDAAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS) 1974
CADANGAN PINDAAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS) 1974
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang melaksanakan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk memantapkan peranan dan fungsi akta ini melalui aktiviti pencegahan pencemaran, penguatkuasaan undang-undang dan kawalan alam sekitar yang bersepadu bagi memastikan isu-isu pencemaran alam sekitar dapat ditangani secara holistik dan berkesan. Pindaan pada kali ini berbentuk substantif dan menjurus kepada isu-isu baharu (emerging) dalam tadbir urus alam sekitar. Sehubungan dengan itu, Jabatan Alam Sekitar akan menjalankan kaji selidik bagi mendapatkan pandangan dan input daripada pihak-pihak berkepentingan dan orang awam mengenai cadangan pindaan. Tempoh pelaksanaan kaji selidik ini bermula pada 7 Mei 2025 sehingga 30 Mei 2025.
Oleh yang demikian, kerjasama YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Ir./ Sr./ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk mengemukakan input dan cadangan pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sepertimana dalam paparan Seranta Awam di pautan berikut: www.doe.gov.my
Input dan cadangan serta sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Dato’ / Datin/ Dr./ Ir./ Sr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi pegawai JAS iaitu Puan Rojiah Binti Abu Bakar melalui email rojiah@doe.gov.my
Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’ / Datin/ Dr./ Ir./ Sr./ Tuan/ Puan dalam menjayakan kaji selidik Cadangan Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Information / feedbacks will be displayed until Friday May 30th, 2025