Fri 5/31/2013 3:01 PM
Salam sejahtera.
Terima kasih atas pertanyaan puan berkenaan perkara di atas. Secara dasarnya, aktiviti pembinaan loji pemprosesan kompos menggunakan sisa kelapa sawit tidak memerlukan penyediaan Laporan EIA. Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan maklumbalas secara rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar, pihak puan hendaklah melalui proses Penilaian Awal Tapak (PAT) daripada JAS Negeri lokasi cadangan projek tersebut akan dilaksanakan dengan mengemukakan butiran cadangan projek tersebut menggunakan borang AS PAT 1-12 yang boleh dimuat turun daripada laman web JAS.
Sekian, harap maklum.
Mohd Azrulddin Bin Mazelan
Pegawai Kawalan Alam Sekitar
Bahagian Penilaian
Jabatan Alam Sekitar Putrajaya