Daripada: MOHD.KHAIRULAZMIR BIN MOHD.SUHAIMI
Salam dan Salam Sejahtera,
saya ingin bertanya mengenai pembuangan sampah yang berlaku di kawasan ladang kelapa sawit di gelang patah. kawasan-kawasan ini dibawah nama pemaju, saya ingin membuat aduan terus ke JAS atau pihak pemaju tersebut.
sekian terima kasih.
Tue 10/1/2013 10:11 AM
Assalamualaikum WBT;
Tuan;
Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertanggungjawab ke atas pengurusan buangan terjadual mengikut senarai dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan mana-mana buangan tersenarai dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sehubungan itu, jika buangan yang dimaksudkan termasuk dalam kategori buangan yang dikawal Jabatan ini, pihak tuan boleh membuat aduan ke Jabatan Alam Sekitar Negeri yang berkaitan.
Buangan sampah selain daripada buangan yang dinyatakan diatas, pihak tuan mungkin boleh merujuk kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sekian, dimaklumkan
Ijan Khushaida Mohd Jan
Bahagian Bahan Berbahaya
Jabatan Alam Sekitar
Aras 1-4, Podium 2 & 3
Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 Putrajaya