10 August 2012 4:29PM
Salam sejahtera,
Terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukakan. Untuk makluman tuan, kelulusan untuk kerja-kerja pembinaan adalah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). PBT yang berkenaan akan menyertakan syarat-syarat termasuklah syarat yang berkaitan bunyi bising dan bertanggungjawab menguatkuasakannya.
Untuk makluman tuan juga setiap PBT ada menyediakan portal E-Complaint bagi kemudahan orang awam mengemukakan aduan. Sehubungan itu, tuan disyorkan supaya merujuk kepada lamanweb PBT yang berkenaan untuk mengemukakan aduan rasmi.
Bidangkuasa Jabatan ini adalah terhad kepada menguatkuasakan bunyi bising dari punca bergerak(motosikal) dan juga daripada kilang (industri) sahaja.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Unit Aduan
Bahagian Penguatkuasa
Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya