Thu 6/20/2013 2:13 PM
Salam,
Tuan,
Merujuk kepada pertanyaan tuan, dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling (EQR) pada setiap tahun yang mengandungi data berkaitan alam sekitar. Sekiranya tuan mahu mendapatkan buku tersebut boleh datang terus ke Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya untuk mendapatkannya secara percuma atau tuan boleh juga mendapatkan softcopy dalam format pdf di laman web EKMC (http://enviro.doe.gov.my).
Pihak Jabatan Alam Sekitar mengucapkan terima kasih di atas email pertanyaan tuan dan keperihatian tuan terhadap alam sekitar. Sebarang pertanyaan lanjut tuan boleh berhubung terus dengan saya di talian 0388712074.
Sekian.
Terima Kasih.
Abd Aziz Bin Ismail
Penolong Pegawai Kawalan
Jabatan Alam Sekitar Malaysia