Jaleha Senin
Wednesday, April 06, 2016 5:04 PM
1.Bilakah aktiviti kuari dikuatkuasakan untuk penyediaan laporan EIA dan apakah seksyen dan akta yang memperuntukkan penyediaan EIA tersebut.
2.Menurut Environmental Quality (prescribed Activities) (Environmental Impact Assessment) order 1987 telah menguatkuasakan aktiviti yang ditetapkan untuk penyediaan laporan EIA. Ini bermakna segala aktiviti yang dijalankan selepas tahun 1987 seperti aktiviti adalah dikuatkuasakan penyediaan laporan EIA tersebut. Terdapat kuari yang telah wujud lama iaitu sebelum tahun 1988, adakah kuari tersebut dikuatkuasakan untuk menyediakan laporan EIA.
3.Sekiranya tidak tertakluk kepada Perintah Environmental Quality tersebut, adakah kaedah lain atau peruntukan yang menguatkuasakan penyediaan seperti laporan EIA.
Puan.
Terima kasih atas emel yang telah dikemukakan. Berikut adalah jawapan bagi pertanyaan yang telah dikemukakan:-
1. Bilakah aktiviti kuari dikuatkuasakan untuk penyediaan laporan EIA dan apakah seksyen dan akta yang memperuntukkan penyediaan EIA tersebut
Jawapan: Aktiviti kuari merupakan salah satu aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 yang berkuatkuasa pada 1 April 1988 dan pindaan terkini iaitu Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 yang berkuatkuasa pada 29 Ogos 2015 yang mengkehendaki pemaju projek menyediakan dan mengemukakan Laporan EIA untuk kelulusan Ketua Pengarah di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
2. Menurut Environmental Quality (prescribed Activities) (Environmental Impact Assessment) order 1987 telah menguatkuasakan aktiviti yang ditetapkan untuk penyediaan laporan EIA. Ini bermakna segala aktiviti yang dijalankan selepas tahun 1987 seperti aktiviti adalah dikuatkuasakan penyediaan laporan EIA tersebut. Terdapat kuari yang telah wujud lama iaitu sebelum tahun 1988, adakah kuari tersebut dikuatkuasakan untuk menyediakan laporan EIA?
Jawapan: Aktiviti kuari tersebut tidak tertakluk kepada penyediaan Laporan EIA.
3. Sekiranya tidak tertakluk kepada Perintah Environmental Quality tersebut, adakah kaedah lain atau peruntukan yang menguatkuasakan penyediaan seperti laporan EIA
Jawapan: Kaedah lain adalah seperti berikut:-
(a) Penyediaan Laporan EIA secara pentadbiran – pihak berkuasa meluluskan projek (contohnya tetapi tidak terhad: Pihak Berkuasa Tempatan) mengarahkan pemaju projek menyediakan Laporan EIA
(b) Penyediaan Laporan EIA secara sukarela – pemaju projek menyediakan Laporan EIA secara sukarela atas kehendak sendiri atas sebab-sebab tertentu contohnya tetapi tidak terhad iaitu memenuhi polisi alam sekitar pemaju projek itu sendiri
Sekian, terima kasih.
Mohd Azrulddin Bin Mazelan
Pegawai Kawalan Alam Sekitar
Bahagian Penilaian
Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat