MOHAMED ZAKY ABU BAKAR
Monday, June 03, 2013 11:38 AM
Tuan,
Saya ingin tahu mengenai syarat-syarat yang tersedia ada bagi membolehkan pihak sesebuah syarikat menjalankan kerja-kerja “Sludge and Tank Cleaning’ yang di kenakan oleh pihak JAS. Adakah pejabat negeri JAS boleh berurusan terus dengan pihak syarikat untuk memohon pelesenan dan memberi khidmat nasihat bagi membolehkan permohonan dapat di buat selain di Putrajaya.
Terima kasih.
Fri 6/7/2013 10:28 AM
Tuan,
Untuk makluman pihak tuan,kelulusan bagi kerja-kerja desludging untuk kapal adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Laut. Selain itu juga pihak tuan perlu memaklumkan kepada pihak JAS Negeri kaedah pelupusan sludge yang akan dilaksanakan setelah kerja-kerja desludging dilakukan.
Sekian, terima kasih.
Hazrina Salleh
Penolong Pengarah
Jabatan Alam Sekitar
(Bahagian Penguatkuasa)
Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
Aras 3, Podium 3, Wisma Sumber Asli
No 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 W.P. PUTRAJAYA