Lin Pei Mun
Wednesday, September 05, 2012 11:03 AM
Selamat sejahtera Tuan,
Saya Lin, jurutera praktikal. Saya ingin meminta pandangan Tuan mengenai syarat-syarat dan kes yang macam mana EIA boleh dikecualikan?
Jika satu projek dibangunkan di atas tapak projek yang dulunya mempunyai bangunan dan infrastruktur yang sama, maksudnya bangunan baru dibina untuk menggantikan yang lama, adakah EIA boleh dikecualikan?
Ribuan terima kasih atas masa yang Tuan luangkan untuk membaca emel ini dan memberi pendapat yang berharga.
Sekian, terima kasih.
Lin
Jurutera Pertanian dan Biosistem
Mon 9/10/2012 9:34 AM
Salam Sejahtera Puan.
Terima kasih atas emel puan berkenaan EIA. Berikut adalah jawapan berkenaan dengan soalan puan berikan seperti berikut:-
1. Pemaju projek bagi sesuatu projek dikehendaki menyediakan laporan EIA sekiranya projek tersebut tertakluk kepada mana-mana aktiviti di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987. Walaubagaimanapun Ketua Pengarah boleh meminta pemaju projek menyediakan laporan EIA sekiranya projek tersebut tidak tertakluk kepada Perintah di atas tetapi mempunyai kesan yang signifikan kepada alam sekitar contohnya berdekatan dengan kawasan sensitif alam sekitar.
2. Bagi senario ini, projek ini dikehendaki menjalani proses PAT (Penilaian Awal Tapak) yang dijalankan oleh JAS Negeri kawasan projek tersebut dan seterusnya JAS Negeri akan memberikan nasihat berkenaan keperluan JAS terhadap projek tersebut.
Sekian, harap maklum.
Mohd Azrulddin Bin Mazelan
Pegawai Kawalan Alam Sekitar
Bahagian Penilaian
Jabatan Alam Sekitar Putrajaya