Siti Afifah
Mon 3/28/2016 4:52 PM
Nama saya Siti Afifah dan pelajar bidang sekitaran (environment) dari UKM Kampus Bangi. Saya mahu bertanya bagaimanakah saya boleh dapatkan contoh kes-kes dakwaan yang melibatkan perundangan-perundangan berkaitan alam sekitar dari sini? Saya perlu menyiapkan suatu tugasan yang melibatkan akta-akta tersebut dan memerlukan rujukan kes berkaitan.
Saya berharap pertanyaan ini mendapat perhatian dan jawapan daripada pihak tuan. Segala usaha dan maklumbalas yang diberikan saya dahulukan dengan penghargaan yang tertinggi.
Sekian.
Wed 3/30/2016 8:53 AM
Puan,
Adalah saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Bagi menjawab persoalan di dalam email Puan bertarikh 28 Mac 2016 berhubung dengan rujukan / contoh – contoh kes-kes dakwaan yang melibatkan perundangan-perundangan berkaitan alam sekitar, Puan boleh merujuk contoh-contoh tersebut di dalam laman web Jabatan Alam Sekitar di ruangan laporan – paparan kes mahkamah & rumusan kes mahkamah. Puan juga boleh merujuk laporan tahunan JAS yang dipaparkan di laman web jabatan ini.
3. Walaubagaimanapun, keterangan kes yang dipaparkan di laman web jabatan ini hanya memaparkan kes-kes yang telah didaftarkan di mahkamah dan yang telah selesai. Butiran yang dinyatakan dalam paparan tersebut hanya berkaitan dengan nama orang kena saman, tarikh kesalahan, jenis kesalahan dan butiran kesalahan, berserta denda yang dikenakan oleh mahkamah.
4. Sekiranya Puan memerlukan butiran yang detail berkaitan dengan kesalahan tersebut , Puan boleh berhubung dengan JAS Negeri yang berdekatan dengan Puan seperti JAS Negeri Selangor, JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan JAS Negeri Sembilan.
5. Diharap makluman ini dapat membantu Puan dalam menyiapkan tugasan. Sebarang kemusykilan Puan boleh menghubungi saya melalui email atau di talian 03-88712285
Sekian, terima kasih
Saya yang menurut perintah,
ROJIAH ABU BAKAR
Penolong Pengarah (PKAS)
Seksyen Perundangan & Forensik Alam Sekitar
Bahagian Penguatkuasa
Jabatan Alam Sekitar