Mazlan Bin Ngah Abdul Manan
Thursday, May 02, 2013 2:04 PM
Tuan,
Saya ingin bertanyakan mengenai undang-undang yang tertakluk bagi industri kami. Dalam proses di kilang kami, tiada sebarang proses yang melibatkan kami mengalirkan effluen/sewage ke dalam longkang yang ada diseliling kilang kami. Baru-baru ini kami telah mendaftarkan untuk sewage e-submission. Adakah industri kami tertakluk kepada undang-undang atau peraturan dalam sewage/effluent monitoring sedangkan kami tidak menghasilkan apa-apa effluent. Adakah kami telah tersilap dengan mendaftarkan industri kami dengan e-submission bagi sewage.
Sekian Terima Kasih
Mazlan Manan
Fri 5/3/2013 9:36 AM
Tuan Mazlan,
Saya merujuk kepada persoalan yang dikemukakan melalui Portal DOE pada 2 Mei 2013.
Untuk makluman tuan, pemakaian Peraturan berkaitan efluen kepada premisi tuan hanya akan tertakluk sekiranya pihak tuan menghasilkan efluen perindustrian :
I ) melebihi 60 m3/day
ii) mengandungi parameter logam berat (v) hingga (xv) dalam Jadual Kelima dan juga minyak dan gris.
iii)Beban bagi Biological oxygen demand (BOD) dan suspended solid melebihi 6 kg/day
Perkara ini berdasarkan Peraturan 3, Peraturan-Peratuan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian)2009.
Bagi pelepasan sewage pula, sekiranya premis tuan melepaskan kumbahan yang mempunyai lebih 150 PE (population equivalent) dan mempunyai loji rawatan sendiri maka, premis tuan adalah tertakluk kepada Peraturan-Peratuarn Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan(2009)
Sekiranya premis tuan tidak menghasilkan sebarang pelepasan efluen/sewage, tuanvtidak perlu mengemukakan maklumat monitoring secara online kepada pihak JAS.
Sekiranya tuan ada sebarang pertanyaan bagi penjelasan lanjut, boleh berhubung dengan saya di talian 03-88712334 (Puan Hazrina Salleh- Bahagian Penguatkuasa)
Sekian, terima kasih.
Hazrina Salleh
Penolong Pengarah
Jabatan Alam Sekitar
(Bahagian Penguatkuasa)
Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
Aras 3, Podium 3, Wisma Sumber Asli
No 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 W.P. PUTRAJAYA