Garispanduan Pengimportan Sekerap Logam Ke Dalam Malaysia

“Sukacita dimaklumkan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) sedang menyediakan garis panduan baru iaitu Garis Panduan Pengimportan Sekerap Logam Ke Dalam Malaysia. Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan tentang kriteria bahan sekerap yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan import. Ini merupakan salah satu langkah kawalan kemasukan sekerap logam ke dalam negara yang berpotensi menjadi lokasi lambakan sekerap logam untuk aktiviti kitar semula.

Sehubungan dengan itu Jabatan Alam Sekitar mengalu-alukan sebarang cadangan , komen dan pendapat orang awam terhadap deraf Garis Panduan Pengimportan Sekerap Logam Ke Dalam Malaysia. Sebarang cadangan, komen dan pendapat boleh di hantar melalui email kamilah@doe.gov.my

Information / feedbacks will be displayed until Monday December 16th, 2019