Matrik Cadangan Gubalan Baru Rang Undang-Undang Alam Sekitar

Sukacita dimaklumkan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) sedang menggubal baru Akta Alam Sekitar bagi menggantikan Akta Alam Sekeliling 1974. Penggubalan baru Akta Alam Sekitar adalah amat penting bagi memperkukuh, memantapkan dan memudahcara pelaksanaan kerja penguatkuasaan ke arah lebih cekap selaras dengan perkembangan pengurusan dan pembangunan alam sekitar yang lebih lestari serta teknologi kawalan pencemaran dan seiring dengan hasrat Sustainable Development Goals.  

Sehubungan dengan itu Jabatan Alam Sekitar mengalu-alukan sebarang cadangan , komen dan pendapat orang awam terhadap matrik cadangan gubalan baru Rang Undang-Undang Alam Sekitar. Sebarang cadangan , komen dan pendapat boleh di hantar melalui email rojiah@doe.gov.my atau mdzul@doe.gov.my. atau melalui talian faks 03-88880067.

Information / feedbacks will be displayed until Tuesday June 4th, 2019