CADANGAN PINDAAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS) 1974 (FASA 1)
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar sedang membuat pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Fasa I) di mana pindaan ini akan memberi fokus kepada elemen kompaun dan penalti. Pindaan ini bagi membolehkan tindakan tegas dapat diambil ke atas pelaku dan pesalah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Alam Sekitar akan menjalankan kaji selidik bagi mendapatkan pandangan dan input daripada pihak-pihak berkepentingan dan orang awam mengenai cadangan pindaan terhadap jumlah penalti dan denda yang akan dikenakan kepada pelaku dan pesalah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Tempoh pelaksanaan kaji selidik ini bermula pada 16 Februari 2021 hingga 1 Mac 2021.
Oleh yang demikian, kerjasama YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/Datuk/Dr./Tuan/ Puan adalah dipohon untuk mengemukakan input dan pandangan terhadap cadangan pindaan.
Input dan cadangan serta sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/Datuk/Dr./Tuan/ Puan boleh menghubungi Puan Rojiah Binti Abu Bakar melalui email rojiah@doe.gov.my.
Information / feedbacks will be displayed until Monday March 1st, 2021