From: “DESCZK”
Date:03/10/2015 11:41 AM
Tuan/Puan,
Selamat pagi. Saya, Ch’ng Zai Kai, pelajar dari Universiti Sains Malaysia, sedang membuat satu kajian tentang masalah jerebu yang kami alami sejak tahun 1997. Bolehkah saya dapatkan data-data yang berkaitan dengan masalah jerebu dan data Air Pollution Index (API) sejak tahun 1997? Saya juga ingin mengambil tahu bahawa cara untuk mendapatkan API di dalam rumah. Setahu saya, data-data API ialah index untuk satu kawasan tertentu. Akan tetapi, saya juga sedangkan mengkaji tentang API di dalam rumah. Oleh sebab itu, adakah tuan/puan mempunyai data-data API di dalam rumah untuk saya sebagai bahan kajian? Adakah terdapat cara untuk penduduk mendapatkan API untuk rumah mereka? Kerjasama dari tuan/puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Daripada,
Ch’ng Zai Kai
Pelajar Universiti Sains Malaysia
Sat 10/3/2015 5:52 PM
Saudara Ch’ng Zai Kai,
Saudara boleh memohon data API terdahulu dengan membuat permohonan rasmi kepada Jabatan ini dan dilampirkan sekali surat pengesahan daripada penyelia Universiti untuk mengesahkan bahawa data-adata API ini adalah hanya digunakan untuk tujuan kajian sahaja. Surat permohonan rasmi boleh di scan dan di email kepada saya atau hantar ke alamat seperti berikut:
Pengarah
Bahagian Udara
Jabatan Alam Sekitar
Aras 1-4, Podium Blok 2&3
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Persekutuan
62574 PUTRAJAYA
Bagi maklumat API di dalam rumah pula, JAS tidak mempunyai maklumat tersebut, walaubagaimanapun, saudara boleh merujuk kepada pihak DOSH sekiranya mereka mempunyai maklumat mengenai kualiti udara di dalam persekitaran tertutup (indoor air quality).
Sekian, dimaklumkan.
Ezahtulsyahreen Ab Rahman
Environmental Control Officer
Air Division
Department of Environment
Aras 1-4, Podium Blok 2&3
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Persekutuan
62574 PUTRAJAYA