Thu June 21, 2012 11:13 AM
Assalamualaikum WBT;
En. Mohd Faisal Jaafar;
E-mail persoalan tuan di bawah adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa ‘ink cartridge terpakai’ yang kosong dikategorikan sebagai SW 409 (Bekas yang dilupuskan yang dicemari dengan bahan kimia atau buangan terjadual), manakala, ‘ink cartridge’ yang masih mengandungi ‘ink’ di dalamnya dikategorikan sebagai SW 417 (buangan dakwat).
Sehubungan itu, adalah diingatkan bahawa pengurusan buangan terjadual adalah tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekililing (Buangan Terjadual) 2005 dan hendaklah dilupuskan di premis yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar. Senarai premis yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar bagi tujuan pelupusan buangan terjadual boleh diperolehi daripada laman web JAS.
Sekian, dimaklumkan dan terima kasih.
Ijan Khushaida Mohd Jan
Bahagian Bahan Berbahaya
Jabatan Alam Sekitar
Aras 1-4, Podium 2 & 3
Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 Putrajaya