Harul Azhar
Monday, July 15, 2013 11:55 AM
Merujuk kepada Lead Acid Battery secara umumnya menggunakan Sulphiric acid sebagai bahan asas cecair pengalir atau sebagai cecair yang bertindakbalas dengan plate atau bahan aktif pada bateri. Sekiranya saya membuka pusat jualan atau pusat servis bateri yang tidak berkaitan dengan proses pelupusan atau pembuangan bahan acid atau bateri. Cuma berkemungkinan mencuci bateri lama yang telah di servis untuk tujuan pembersihan yang secara purata pembersihan melibatkan anggaran 2 meterpadu air untuk 2 minggu. Perlukah ada pusat mengitar semula acid (Effluent Plant) atau cukup hanya sekadar menakung air pembersihan tadi dan menutralkan acid (sekiranya ada) yang terkumpul semasa pembersihan sebelum melepaskan air tersebut ke longkang awam. Sekiranya 2 meterpadu air buangan di lepaskan ke longkang awam setelah dirawat adakah perlu mendapatkan kebenaran ataupun kelulusan dari pihak jabatan untuk proses tersebut.
Wed 7/17/2013 5:07 PM
Salam Sejahtera
Encik Harul Azhar
Berdasarkan maklumat yang dikemukakan, didapati kuantiti penjaaan air daripada aktiviti pencucian bateri adalah sedikit iaitu 2 m3 dalam tempoh 2 minggu. Keperluan pembinaan effluent treatment plant adalah sangat tidak ekonomik bagi aktiviti yang dicadangkan. Melepaskan air tersebut ke longkang awam denganhanya meneutralkan sahaja adalah tidak memadai memandangkan terdapat elemen logam berat yang masih tidak dirawat sepenuhnya.
Sehubungan dengan itu adalah dinasihatkan supaya air buangan tersebut dikumpulkan dan dilupuskan kepada premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Buangan ini adalah buangan terjadual di bawah kod SW 206.
Sekian, dimaklumkan.
Hazrina Salleh
Unit Aduan
Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat.