AHMAD FADZLI BIN ZULKAPLE
Wednesday, September 26, 2012 10:49 AM
Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut: Kami adalah sebuah syarikat pengeluar papan litar bercetak elektronik, dan kebanyakan residue waste kami adalah kategori e-waste SW 110. Manakala kami telah melantik sebuah syarikat sebagai buyer dan transporter untuk pengendalian e-waste ini. Dimana syarikat ini, telah menjual kepada pihak ketiga yang menjalan aktiviti ‘recovery’ bagi semua e-waste tersebut.
Persoalan saya, sejauh manakah, pihak kami sebagai waste generator boleh mendapatkan maklumat mengenai cara pelupusan / recovery. Dan sejauh manakah ketelusan system inventory system yang ada, dari segi kuantiti yang dijual (dalam kuantiti) oleh transporter dihantar terus kepada pihak ke tiga. Pihak kami ingin mengetahui adakah kesemua waste SW110 ini benar2 dihantar (dalam Kuantiti) ke pihak ketiga oleh transporter kami atau sebalik nya. Kerana seperti dimaklumkan kepada pihak kami, kesemua waste ini di hantar ke sana. Adalah menjadi tanggungjawab kami, memastikan kesemua waste ini dirawat / diselia dengan baik bagi memastikan keseimbangan dan kualiti alam sekitar negara kita terjamin. Adakah pihak kami berhak mendapatkan maklumat terperinci melalui rekod yang ada oleh pihak ketiga.
Terima Kasih. -A.Fadzli-
Mon 10/1/2012 9:43 AM
Tuan,
Adalah dimaklumkan bahawa syarikat tuan hendaklah melantik syarikat yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sektiar untuk mengangkut dan mengendalikan pemerolehan kembali/recovery e-waste. Syarikat-syarikat yang dilesenkan oleh Jabatan ini bolehlah diperolehi melalui website JAS.
Syarikat tuan juga hendaklah menggunakan sistem on-line Jabatan ini iaitu sistem e-consignment note (e-CN) setiap kali e-waste dihantar keluar dari premis tuan ke premis yang dilesenkan oleh Jabatan ini. Penggunaan sistem ini akan membolehkan syarikat tuan mengetahui sama ada e-waste yang dikeluarkan oleh premis tuan telahpun sampai ke destinasi sebenar ataupun sebaliknya. Tuan bolehlah menghubungi Jabatan Alam Sektiar yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat terperinci sebelum menggunakan sistem e-CN tersebut.
Sekian, harap maklum,
Fenny Wong Nyuk Yin
Bahagian Bahan Berbahaya
Jabatan Alam Sekitar
Ibu Pejabat
PUTRAJAYA