Tue May 17, 2016 4:30 PM
Assalamualaikum,
Tuan,
Seperti yang tuan sedia maklum, di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, tong racun kosong adalah dikategorikan sebagai SW 409 : Bekas, beg atau kelengkapan yang dilupuskan yang dicemari dengan bahan kimia, racun makhluk perosak, minyak mineral atau buangan terjadual. Oleh itu, pengurusan buangan ini hendaklah diuruskan oleh kontraktor/premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Pihak tuan bolehlah merujuk lawan web https://eswis.doe.gov.my/facilityList.aspx untuk senarai terkini kontraktor/premis yang dilesenkan oleh JAS yang menguruskan buangan terjadual.
Untuk pengetahuan tuan, pembaharuan lesen setiap premis tersebut dijalankan secara tahunan oleh JAS Negeri di premis beroperasi. Selain sistem atas talian ini, pihak tuan boleh menghubungi talian 03-88712132/2126 untuk maklumat lanjut mengenai premis yang dilesenkan oleh JAS bagi pengurusan buangan terjadual.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
Ili Daliela bt Md Razali
Pegawai Kawalan Alam Sekitar
Bahagian Bahan Berbahaya
Jabatan Alam Sekitar
PUTRAJAYA