Muhammad Ariff Farhan
Monday, September 16, 2013 5:17 AM
salam satu malaysia… says pelajar politeknik kuim ingin bertanya, berapakah purata pengeluaran air singki rumah di malaysia.? dan berapakah standard pengeluaran sisa minyak ke luar rumah atau ke longkang?? kami sedang mengkaji tentang penapis air singki.kami mahu mengurangkan kandungan minyak yg mencemarkan alam sekkitar.. kerjasama pihak tuan/puan amat kami perlukan dan kami hargai..
terima kasih..
Thu 9/19/2013 9:34 AM
Salam En. Muhammad Ariff Farhan,
Berikut adalah maklum balas kepada perkara berbangkit yang tuan kemukakan kepada pihak JAS. Semoga penjelasan berkenaan dapat membantu penyelidikan tuan bagi bersama-sama meningkatkan kualiti air buangan domestik dan mengurangkan pencemaran dari sumber air limbahan.
Sumber bagi jawapan berkenaan diperolehi dari YM Puan Tengku Khalkausar Tengku Fatahi, dan sebarang kekurangan harap dapat tuan menyelidik lanjut dari sumber/ agensi lain yang berkenaan.
1. Berapakah purata pengeluaran air singki rumah di malaysia.?
Secara keseluruhan, purata guna air yang digunakan bagi pengiraan/rekabentuk STP adalah 225 liter/person/day. Berdasarkan kajian yg dibuat oleh Prof Azni (UPM), 81% dari air yg digunakan dilepaskan sebagai air limbah atau sullage (melalui sinki, air basuhan pakaian, air mandian etc.) manakala 19% lagi dilepaskan ke Sewerage Treatment Plant STP). Walaubagaimana pun terdapat literature (yang tidak dapat dikesan kembali sumbernya) yang merekodkan kadar guna air Malaysia mencapai 300 liter/person/day. Mohon tuan menyemak maklumat daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara SPAN untuk lebih pasti berhubung perkara ini.
2. Standard pengeluaran sisa minyak ke luar rumah atau ke longkang?
Tiada paiwai atau standad ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 bagi pelepasan air buangan dari rumah/kediaman.
Walaubagaimanapun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang bercadang mensyaratkan kepekatan discaj lelemak dan gris O&G ≤100 mg/l dari perangkap lelemak dan gris (FOGT) premis penyediaan makanan. Untuk makluman had pelepasan Standad B di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 untuk minyak dan gris O&G adalah 10 mg/l (bagi Standad A, EP<1 mg/l; Kumbahan < 5 mg/l), dan terpakai bagi punca-punca tertakluk di bawah AKAS 1974.
Daripada tinjauan yang dijalankan oleh JAS di Ipoh pada tahun 2011, penggunaan FOGT didapati berupaya mengurangkan lelemak minyak dan gris sehingga 98% dari air buangan sinki premis-premis makanan. Mungkin projek penggunaan penapis air sinki yang sedang dalam R&D pihak tuan boleh mencadangkan had pelepasan yang sesuai digunapakai untuk rumah-rumah kediaman.
Pihak kami mencadangkan agar tuan dapat menyemak/merujuk SPAN berhubung piawai/ kepekatan/kualiti air buangan yang dibenarkan untuk dilepas masuk ke sistem kumbahan.
Sekian. Semoga maklumat yang dibekalkan dapat membantu penyelidikan pihak tuan.
AMINUDDIN SHAH BIN AHMAD
SEKSYEN PENGAWASAN KUALITI AIR SUNGAI
BAHAGIAN AIR & MARIN