Tue June 19, 2012 11:11 AM
Tuan,
Soalan tuan melalui website pada 13 Jun 2012 adalah dirujuk. JAwapan kepada soalan tuan:
1.A) Di bawah bidang kuasa JAS, peraturan berkaitan kumbahan perlu merujuk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Secara amnya, JAS mengawal punca-punca pelapsan kumbahan ini supaya mematuhu had pelepasan yang ditetapkan.
B) Di bawah bidang kuasa SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara), akta berkaitan dengan pembentungan adalah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
C) Di bawah bidang kuasa Jabatan Pembentungan (saya tidak berapa pasti pertauran/akta yang digunapakai)
2.Di bawah bidang bidang kuasa JAS, bagi PPKAS(Kumbahan) 2009, JAS telah menetapkan had pelepasan kumbahan ke mana-mana alur air mengikut standard yang telah ditetapkan bagi beberpa parameter seperti yang dinyatakan dalam peraturan tersebut.
Hazrina Salleh
Penolong Pengarah
Jabatan Alam Sekitar
(Bahagian Penguatkuasa)
Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
Aras 3, Podium 3, Wisma Sumber Asli
No 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 W.P. PUTRAJAYA