Ismail Amran
Thursday, July 05, 2012 4:56 PM

Saya Pembantu Makmal Pelajaran bekerja di Sekolah Menengah Kerajaan ingin mendapat kepastian dan nasihat dari pihak tuan mengenai amali yang selalu dibuat di sekolah oleh pelajar dan guru yang mana ada diantarnya berkemungkinanan mendatangkan mudarat kepada alam sekitar dan kehidupan. Memandangkan gas yang dihasilkan oleh plumbum bromida sangat toksid sepatunya segala amali yang dijalankan dibuat didalam fume cupboard, tapi malangnya kebanyak fume cupboard yang terdapat di kebanyak sekolah tidak berfungsi dengan baik dan rosak. Jadi kebiasaannya murid dan guru sains menjalankan dalam ruang makmal sahaja. Saya ingin mendapatkan pandangan dari pihak tuan akan perkara tersebut kerana dari pemerhatian saya kebanyak sekolah menjalankan amali ini tanpa menggunakan fume cupboard kerana tiada sebarang garis panduan atau amaran dari mana agensi tentang perkara ini

Diatas nasihat dan pandangan pihak tuan saya ucapkan setinggi tinggi terima kasih.