MOHD SALLEH BIN ABDULLAH
Wednesday, June 26, 2013 12:48 pm

Penyewa premis kilang kepunyaan saya telah meninggalkan dalam premis bahan bahan yang saya percayai bahan membuat cat. Penyewa juga di percayai telah melonggokan bahan bahan buangan di hadapan kilang yang telah di sita JAS berdasarkan pita JAS di rentang di sekeliling bahan buangan tersebut atas sebab yang tidak saya ketahui. Saya telah buat aduan polis berhubung perkara di atas.
Saya hendak memebersih premis kilang tersebut dan ingin mendapatkan nasihat dalam perkara berikut:

1) Ada kah saya perlu melantik kontraktor berdaftar dengan JAS untuk melupuskan bahan bahan buangan tersebut?
2) Memandangkan bahan buangan di luar premis yang telah di sita JAS, pejabat penguatkuasa manakah yang perlu saya hubungi supaya bahan tersebut juga bolih saya lupuskan serentak?

Lokasi kilang: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan