Md Zusmaidi bin Abdul Aziz
Sunday, August 04, 2013 11:30 AM
Saya ingin membuat pertanyaan adakah boleh saya membuat aduan kepada JAS jika terdapat bau yang kurang menyenangkan kesan dari penternakan binatang ternakan di kawasan perumahan awam. Kesan ini juga menyebabkan gangguan lalat. Jika tidak terletak dibawah bidang kuasa JAS, mohon bantuan sekiranya dapat pihak tuan nyatakan agensi yang dirujuk. Sekian, terima kasih.
Mon 8/5/2013 10:51 AM
Tuan,
Aduan berhubung dengan gangguan lalat daripada aktiviti penternakan boleh dimajukan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Untuk makluman tuan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar bertangngungjawab dalam mengawal selia dan memberi lessen kepada aktivit-aktiviti pernternakan. Buat masa ini, tiada peruntukan khusus di bawah bidang kuasa Jabatan. Pihak Jabatan, dalam usaha membangunkan satu peruntukan Peraturan-Peraturan khusus bagi mengawal pencemaran daripada aktiviti penternakan.
Sekian,terima kasih.
Hazrina Salleh
Penolong Pengarah Kanan
Jabatan Alam Sekitar
(Bahagian Penguatkuasa)
Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
Aras 3, Podium 3, Wisma Sumber Asli
No 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 W.P. PUTRAJAYA